Followers


Rabu, Januari 5

:.JoDoH.:

Perlu ke jodoh ini dipertikaikan???
Salah ker klu jodoh itu dtg lambat???
Apa2 pun urusan jodoh itu semua ada pada tangan Allah SWT.

Terdapat tanda jodoh dalam Islam itu adalah “3M”. Apa itu?

Siapa yang boleh Memaklumi, Memaafkan dan Memotivasi diri kita ke arah yang lebih baik Insya-Allah itu adalah jodoh kita..

Jadi kalau nak cari jodoh, carilah yang boleh melakukan 3M diatas supaya hubungan cinta dapat diberkati dan tidak cerai-berai akhirnya. Jadi jodoh itu janganlah berdasarkan nafsu semata-mata tapi haruslah berdasarkan Islam (kuat aqidahnya, rajin ibadah dan indah akhlaknya) juga.
Jika cinta itu menurut Islam maka cinta itu datangnya dari Allah.

Ingat 3M diatas supaya kita benar-benar mendapatkan Jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan kita dalam hari-hari yang mendatang. Mencari jodoh berdasarkan Islam. Insya-Allah akan membahagiakan hidupmu baik dunia maupun akhirat.Jangan percaya dengan ramalan jodoh atau cinta monyet. Sebab, tu bukan jodoh yang sesungguhnya.


Jodoh terbahagi kpd 3, iaitu :

1) JODOH DARI SYAITAN
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. apabila si perempuan tadi mengandung,barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya. lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. perempuan tadi menerimanya. mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. bercinta sampai ke syurga..itulah syurga cinta..tanpa berlakunye sebarang bentuk kemaksiatan..

Sem0ga diri ini bertemu j0d0h dari ALLAH..j0d0h yang membawa kepada kebahagiaan dunia dan akhirat..insyaALLAH



p/s:ada terbaca kat dlm 1 blog neh tp x brape ingat lah plak apa nama blog dia...anywhere thanks 4 sharing....

:.. BanTu-MemBsnTu AmALan MuLia ..: