terdetik jugak bl baca~~
enjoy ya guyzz...
Anda Semakin Matang Bila...
♣ Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
♣ Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
♣ Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
♣ Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
♣ Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
♣ Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
♣ Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
♣ Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
♣ Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
♣ Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
♣ Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
♣ Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
♣ Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
♣ Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
♣ Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
♣ Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
♣ Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
♣ Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
♣ Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
Fikir2kan lah wahai2 sahabat semua.....
actually..bl baca2 bl artikal neh...
ye~~aku mengaku yg aku tak matang....
ters malu lah plak....huhuuu~~~
yes me too.. ada certain2 things.. huhu..
BalasPadamjom brusaha utk jd matang..! =)
insya-allah....1 ari nanti bakal jua jd matang...ngeee~~~
BalasPadam